Search This Blog

Mase itu emas yeeeee...

Monday 18 November 2013

FILEM SUAMI AKU USTAZ....



hihi hye dearest..prnah bce x novel Suami aku ustaz??
klaw frenz nk taw, cite best gegilewwwww..haha
ni sbb danur da bace novel ni..

n guess wat, novel ini akn djadikan filem xlame lg..wahhhh danur da terkinje2 ni nk p layan kat pawagam..
korang semua msti nk taw sinopsis cite ni kn...hahaha ait yaaaa


haaaa tarangggg ni laa cover novel ni...nmpak x nmpak x??
hihi cover pn nmpak cam cun melecun kn??
danur tgk first pn naik mnat sesangat...

untuk pngetahuan korang cite ni alkisahhhhh.......

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah 
mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
‘Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.’

Yang menjadi masalah buat Alisa adalah, apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah sampai hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

‘Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab dia masih belum berpunya lagi. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ kalau kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa iya, tak? Aduh! Tidak pasal-pasal dia menjadi kepunyaan aku pula.’

Macam mana agaknya apabila Alisa yang perangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang mesti hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehingga besar?

‘Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.’

Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Bagaimana pula suaminya hendak mendidik dia menjadi muslimah yang cerdik? Dan bolehkah dia terus hidup dengan penuh terdidik?.........


da taw sinopsis??? jum pakat beli ye..then kite pn layan movie diaaa
movie dia ni lakonan adi putra n nora danish...wahhhh favoret actor danur tuuuu..



haaa dan utk pngetahuan frends seme..

(NOVEL ADAPTASI) : SUAMI AKU USTAZ - Hannah Dhaniyah

NOVEL YANG ADAPTASI KE FILEM - Akan ditayang di pawagam pada 2014. Dapatkan Cover terbaru novel SUAMI AKU USTAZ di kedai-kedai Buku seluruh negara

Novel ini menduduki no 1 carta bestseller di MPH - Sedutan akhbar berita harian 1/6/2012. Novel ini juga menduduki No 2 Carta Bestseller di POPULAR 2 minggu berturut-turut - Sedutan Akhbar Berita Harian 25/5/2012 dan 1/6/2012

nanti boleylaaaaa kite layan citew niiiiiiiiii ...hihi bai bai dearest...


new cover


ni video synopsis dia ya...



credit to Hazikah Fatihah= http://www.youtube.com/watch?v=1ksQrTp8shA

credits to...mforum2.cari.com.my 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts