Search This Blog

Mase itu emas yeeeee...

Sunday 1 December 2013

Filem cINderella


halllooooo my dearest...

hari ni danur nak update sal filem terbaru yang akan ditayangkan di pawagan
taw xlame lg...


tarannggggggggggggg ni laaa filem cinderella lol..
danur ingat citew2 cangini ad mase danur kcik dulu jaaaa...

dan xsabar nak nnti kmnculannye laaaa

Cinderella yang dibintangi oleh Fizo Omar, selaku Salman, dan Nelydia Senrose, selaku Nurul, merupakan sebuah filem yang ditunggu oleh peminat-peminat, terutamanya yang pernah mengikuti kisah Cinderella di kaca televisyen suatu ketika dulu.
Telah menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, Cinderella turut dibintangi barisan pelakon hebat tanahair seperti Kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan, Sahrolnizam dan Azlan Komen.
Terbitan ke sebelas oleh Excellent Pictures, Cinderella mengisahkan Nurul, gadis kampung berusia 22 tahun, tinggal bersama ibu tirinya, Ainon serta adik tirinya, Farah dan abang tirinya, Zamil.
Suatu malam, Zamil meluahkan rasa hatinya tetapi ditolak oleh Nurul menyebabkan Zamil bertindak ganas dan cuba merogol adik tirinya itu. Nurul berjaya lepas dan lari ke luar daripada rumah untuk menyembunyikan diri sehingga ke bilik penginapan Salman, anak seorang tokoh korporat terkemuka.
Mereka berdua diserbu oleh ketua kampung, tok imam dan beberapa orang kampung. Salman dan Nurul diberi dua pilihan - di bawa ke balai polis dan didakwa di mahkamah syariah atau berkahwin dan tidak kembali lagi ke kampung tersebut. Bagi menjaga namanya,Salman bersetuju dengan pilihan ke dua.Apa seterusnya yang berlaku kepada Nurul dan Salman? Nantikan di pawagam bermula 19 Disember 2013.

haaaaa ti boleylaaa memenuhi pawagam yaaaa....
bai bai

No comments:

Post a Comment

Popular Posts